Program Digital Competency Score (DCS) SK Rantau Panjang

13 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Oktober 2020, Isnin, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang dengan kerjasama SK Rantau Panjang telah mengadakan Program Digital Competency Score (DCS) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. 4 orang pelajar dan seorang guru SK Rantau telah terlibat dalam program tersebut.

Tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagi menjawab soalan dalam bentuk atas talian (online) menggunakan DCS (Digital Competency Score) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika.

Diharap kerjasama seperti ini terus terjalin pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali